Thursday, March 25, 2010

fullstop....

hmmm memang susah utk percaya seseorang sekarang... walaupon kita cuba untuk bagi peluang kedua tapi setiap peluang tu mcm ada saja penghalangnya..aku percaya kalu kita ikhlas kita akan dapat apa yg kita mahu ... dan pada aku tipu tu hanya sementara untuk tutup lubang2 yang cacat tuh... mungkin kamu selesa menipu dan itu cara kamu untuk rasa bahagia.. jadi teruskan ..kamu tak tahu yang aku dah tahu lubang2 cacat tu... kerana kali ini aku rasa sudah mual dan sedikit kecewa...aku takkan halang kamu dan harap situasi ini cepat hilang..sbb aku tak suka buat diri aku rasa sedih sebab ia akan sentiasa merosakkan hari2 aku yang indah...... mungkin belum masanya utk aku tersenyum sampai telinga hahhahah aku pecaya hari tu akan tiba...mungkin selama ni aku saja yang fikir dan kamu hanya seronok dengan harapan dan tetap gigih untuk tutup lubang2 yang cacat tu...teruskan la kalu itu yg buat kamu rasa mcm pemenang silakan ...tapi buat masa ini aku sudah letih ... perlu letakkan titik untuk jalan ini dan kali ini aku sirius... hmmmm why oh why u have turn me down again..... =(
*perlu cerita yang boleh buat aku tersenyum sebab aku xsuka cerita sedih...

Thursday, March 18, 2010

pinky wednesday weheeee..


pinky day yesss attention to all my readers if u are one of the pinky lovers and loves ice creams u can now enjoy free 1 scoop of iceream with purchase of one hehehe ...owhh yaa i guess i should share the fun with the readers since its worth it.... since aku hantu ice cream so aku rase aku patut share good news ni dengan semua hantu2 ice cream di luar sana hahahaha


Baskin Robin is having the promotion now.. every wednesday just come with pink shirt or anything with pink so u can get those free scoop with purchase of single scoop..


Memang la heaven bila dpt makan icecream time panas2 ni so go grab those ice cream every wednesday dah tak payah tunggu 31 dh to get the great deal ni...yumyum..

owhh the promotion run till 30th of april so enjoy this promotion while u can wehheeee



tgk la muka aku tahap kenyang makan icecream.=P

Sunday, March 14, 2010

MASA

masa untuk diri sendiri....


tak perlu fikir tentang org lain..


tak perlu fikir tentang masalah diri


tak perlu fikir masalah dunia...


tak perlu fikir masalah2 yg bakal jadi...


atau masalah yang dh jadi tapi aku masih buat bodoh...


semuanya tk perlu..


letih fikir tentang semua


sbb diri ni rase mcm susah untuk puaskan hati semua


cuba sedaya upaya


tapi masih lagi xdpt penuhi ..


dan susah untuk katakan tidak..


sedang cuba untuk lebih kejam


kejam untuk katakan tidak..


marah dengan diri ni..


simpati tak bertempat ...


mahukan masa itu..


masa untuk diri sendiri


masa dan tempat untuk diri sendiri.


tak perlu orang lain selain aku


hmmm.agak letih berada dalam kondisi berpindah randah ni..


tunggu saja masa itu


masa dan tempat utk aku berhibernasi dan berfikir untuk aku ..


masih tunggu masa itu akan tiba..
masih berharap..

Friday, February 12, 2010

Alfatihah buat tok utama




Jumaat 22hb Januari 2010 - Melangkah kuar rumah dengan perasaan seperti kurang sesuatu..masuk semula sbb tertinggal hp.. nasib kurang baik hp kong..terpaksa tunggu sampai ofis untuk charge.. hmm hati ni masih lagik rasa kurang senang.. memandu sambil terpikir esok nak blik kampung la.... sampai di tempat kerja, berjaya dapat parking paling depan... seronok tapi hati ni masih lagik kurang senang..macam ada sesuatu yang tak kena dengan aku arini.. pelik, aku benci perasaan ni sbb fikiran tak boleh fokus dengan baik.. terserempak dengan officemate aku adi ketika tunggu lif. Aku masih lagi rasa pelik.aku pon cuba untuk memulakan perbualan dengannya namun perbualan tu bermotifkan perasaan aku yang tak senang duduk ni. aku beritahu adi yang aku rasa mcm xkena la arini.cuaca pun mendung jer matahari pun nampak redup jer..macam ade sesuatu akan terjadi...mungkin keta kena saman lagik..ntah kusut.

sampai je ofis.. on computer dan terus charge fon.dpt panggilan yang luar jangkaan.. dengar suara makcik aku , lala sabar ye tok cik dah takde...terkejut ..tapi aku tanye betul ke tok sbb tok sihat jer xsakit apa2 pon... Makcik aku tanye lgik.. nk blik ngan sape?? masa tuh rase mcm xbleh pecaye.. air mata je yg dpt menggambarkan sedih teramat sbb perginya tok yang mmg aku sayang sgt2... masih tak dpt terima hakikat yang di dah pergi..


pantas pecut kereta bergerak ke rumah pakcik aku untuk pulang... bergegas pulang ke pulau cinta menaiki kapal terbang. Sampai je didepan rumah tok, lihat ramai yang hadir sedang membaca yasin... suasana suram ..air mata saja yang dpt menggambarkan perasaan aku masa tu.. jejak je dlm rumah nampak tok ...sedih lagik lihat wajahnya yang bersih dan nampak tenang... aku peluk makcik aku kerana terlalu sedih dan xpecaya kami kehilangan org yg paling kami sayang... permegian tok terlalu cepat... dan agak mengejut .. dia masih sihat takde sakit2..
itu yg membuatkan kami tak percaya yang dia akan pergi seawal ni..


Hari ini ,Sudah masuk hari ke 40, dan aku masih lagik rasa seperti dia ada bersama-sama kami dan seperti ini semua mimpi saja.. masih lagi sedih atas pemergiannya...kehilangan seorang yang sgt kita sayangi mmg sukar diterima ...Ya Allah tempatkan Tengku Utama Bersama sama org yang beriman Al-Fatihah..


accepting the lost is never easy- Tok, u will always be close to our heart


Monday, January 4, 2010

hello 2010


2009 when of pretty fast and loads of thing had happen to me,good and bad but i take it as it is and thankful for everything that i have gain and loss.most of my resolution i have achieve alhamdullillah.now no more turning back..looking forward for a good year hopefully.well its 2010 ...everyone have their own resolution and as for me hopefully this year bring me loads of love, better life, improving my skill on writing and web thingy and appreciates others like there is no tomorrow =). so hello 2010

Friday, December 11, 2009

childhood fantasy..



fantasi zaman kanak2 aku mesti la bertemu karakter kartun tikus yang terknal satu dunia.. mickey mouse.. takpon donald duck ..tak pon dapat pergi ke castle walt disney tuh... sekarang fantasi tu terus berjaya jadi realiti. hmm jadi mimpi tuh sudah jadi nyata dan aku tersenyum dan mcm nak terbang pon ade.. nasib baik takde sayap je hehehhe

Masa aku di Paris, satu hari di habiskan di disneyland.. the land of cartoons.....tempat tu sendiri nampak macam fantasi.. kaki ni rasa mcm pijak kat satu dunia laen yang macam dlm studio.. game yang ada kat situ pun menarik.. one of them is alice in wonderland..taman alice ni mcm taman rahsia yang kita akan sesat dlm tuh untuk g ke heart castle.. ehhehe pening gak la nak cari jalan sampai castle.. but i enjoyed because all my aunties and my little cousin are very hyper on finding the ways heehehe

another game that i like the most is the pirates of the carribean ..at first macam bosan sbb duduk dalam kayak yang bergerak.. tapi biler dah lama air makin laju.. dan the thrill tu baru rase skit dekat2 nak abis.. owhh not to forget rollercoaster yang laju.. heheheh owhh i love rollercoaster but my sisters and aunts mmg banned games macam ni luckily naik jugak hhhehe walopon sebenarnya my sis and aunties tetipu ingatkan slow punya hahahha .
hollywood studio tu pon agak menarik.. demo cara mcm mana dorang buat satu tempat itu terbakar dan meletop.. eheheh best mmg real.. kat situ pon dorang ada mickey hall tempat demo cara buat karakter tu dari mula sampai abis sampai guna modern technologies.. mmg best.. aku pon dapat tgk sikit preview utk cartoon 2010 the frog and the princess dan cara dorang buat karakter tuh.. all round mmg dapat pergi disneyland ni bagi aku rasa macam zaman kecik aku dulu2...
i love cartoon and to be in disneyland to experienced the cartoon world makes me feel younger inside.. i should agree when pple do say there is always a part of you that never grow up.. how i wish to be like those d ays that u just enjoy watching cartoons without having to think about the problems around u...
mimpi indah mmg boleh jadi kenyataan.. tak perlu takot untuk bermimpi sbb mimpi boleh jadi kenyataan..
=)
xoxo

Sunday, December 6, 2009

Paris Kota Cinta


Mimpi tu dah jadi kenyataan hehehe salah satu mimpi aku ialah untuk pergi ke kota cinta iaitu Paris. Dan akhirnya jd realiti ehheheh.Aku ingat lagik setiap kali kalu Wayne( kawan aku yang study kt France) blik M'sia sure aku kata kalu pergi eiffel kirimkan salam cinta aku hehehe dan beritahu yang aku akan sampai sana nanti.. tak sangka plak at 24 years old my dreams came true weheeeee..=)

Mmg seronok dapat pergi ke kota cinta ni. Paris ni mmg penuh dengan seni. Semi yang cantik dan seni yang aku sendiri tak paham. Kota yang penuh dengan arca bogel.. kiri kanan bogel ahhaha pelik la plak tapi ala mmg mcm tu kot car dorang appreciate the art which is naked ...
Aku pergi kat satu muzium ni, dan salah satu gambar arca bogel ni macam klakar sebab 4 lelaki yang tgk alat sulit masing2 dengan konpius hahahah okok bukan nak cakap blue kat sini, tapi mmg klakar ok..oowhh teater yang tajuk dier motherfucker hahahha mmg suka ati je dorang kat sini wutha.. eheheh mmg la no boundaries in expressing the art tapi with that title hahah mmg klakar la =P

Makanan pon not bad.. mestila makan pizza kan konon2 nak get to the feel of being in france ..hehe walopon bleh makan pizza vege n pizza tuna. Breakfast 1st day makan french loaf with coffee. the next day makan croissant with coffee. the last day having cinnamon roll with coffee. tapi mlm makan ala2 arab.. boring jugak tapi okla utk kenyang kan.. sambil minum pagi , bleh la tgk mcm2 perangai org kat sini.. Sepanjang pagi time breakfast sure aku bleh tgk a few partners kissing good bye before they went off to different ways.. hmm well its normal when ur in Paris i guess =P

Fashion dan Paris mmg la tak dapat dipisahkan hehehhe fashion mereka mmg laen.. dari yang lepak2 hinga ke barangan mewah. aku singgah di salah sebuah shopping complex iaitu Lafayette. barang dia mmg mewah gile.. here u can get any brand u love..gucci,LV, Marc Jacob ..name it u got it.. mmg cantik2 dan sangat laen dari apa yang ade kat M'sia..

tapi ape yang aku pelik kat sini ialah kotor.. sangat kotor. memandangkan transport aku kat sana banyak naik train dan lrt , hari2 aku terpaksa bersedia dengan menjadikan hidung aku kebal sebab tempat lrt dia busuk gila.. lebih busuk dari tandas awam.. dan yang paling geli org dia selamba ja kencing di kawasan lrt tu and even in side the lrt..gosh gile pengotor.. ish geli la ..tibe2 aku rase mcm Malaysia tak la sekotor yang org slalu kate.. nampaknye dorang di France ni lagik kotor ..ehehehhe time tu trus rase mcm nak blik M'sia ahahaha
Dan benda pelik yang aku perasan time tuh org2 yg dlm lrt ni menghabiskan masa mereka dlm train dengan gigit jari.. itu geli ok.. siap boleh hisap jari yang dorang gigit..adoi geli nak muntah la aku..hahahah this goes to the guys too.. pelik kan lelaki pun gigit jari heheehe

neway I do have fun being in Paris the love city...

aurevoir..