Wednesday, May 20, 2009

24 tahun

24 tahun.. angka baru untuk tahun ni.dan tarikh itu jatuh pada 19 May.

tahun in agak berlainan cara sambutan...sederhana mungkin sbb jauh dengan mereka di pulau cinta dan mungkin sbb kawan2 jugak sudah sibuk dengan dunia masing2...
dan pada tarikh 19 tu jugak aku dah buat satu keputusan yang paling besar iaitu resign hahhahah... banyak yang kate aku agak giler dan drastik sbb tetiba saja boleh rasa nak resign ..
sebenarnya resign bukan la dalam diari tahunan aku utk tahun nie dan dlm blog aku sebelum ni pun aku macam sgt bersemangat dengan keje aku..tapi disebabkan 'kerjaan' yang tak boleh diterima aku pun cabut..ehehe disini tak perlu la aku cerita sbb ini akan menjatuhkan nama mereka dan aku hahaha sebenarnya lebih kepada aku la hhehehe

hmm 24 tahun ramai yang kata sudah boleh kawin kamu dah tua la..tua kah aku??kawin..??macam mana nak kawin kalu keje ntah kemana dan paling penting rasa mcm aku belum pun 24 ...calon??mcm mana plak??..diri sendiri masih tak stabil..masih mencari apa yg dimahukan dan masih mencari arah tuju ..tapi bg mereka yg sudah berkahwin,aku respect habis..sbb umur muda tapi sudah ada anak dan sekarang kamu sudah ada tanggungan dan aku percaya itu satu tanggung jawab yang berat..dan bg kawan2 yg akan berkahwin pada umur 24..tahniah..nampaknya 24 ni tahun jodoh kamu.. tahun utk kamu mulakan satu hidup yg lebih serius.. hehehe dan aku masih lagi tak tahu pada umur aku 24 thun aku akan berkomitmen atau jauh lagi masa itu..hehehe

tapi pada umur aku 24 tahun, kawan aku buat kejutan..dan aku mmg tak sangka dorang nak kejutkan aku dengan cake..cupcake utk aku..sempena 24 tahun...agak terharu dengan fini dan aisha kerana bersusah utk nak buat kejutan..kata mereka sorry tak cukup org ..pada aku, ucapan dan melepak bersama weekend lepas sudah cukup buat aku rasa terharu hehehe... cup cake tu sedap terima kasih kawan.. ehhehe kamu xperlu risau apa yang kamu buat lebih pada cukup..=)

dan kali ini pada 24 tahun kelahiran..aku demam..sangat kritikal...aku jarang sakit sebenarnya..tapi kalu sekali dapat attack.. mmg critical.. demam,batuk, tekak yang sakit giler buat semua jadi tak kena..hmm..semua nie jadi masa aku 24 tahun..

aku harap 24 tahun boleh bawa sedikit tuah untuk aku..walaupun permulaan agak kurang menarik kecuali kejutan dari "kawan sampai mati" aku ehhehe =)
oopss bagi mereka yang wish..thank you very much!! XOXO

Sunday, May 10, 2009

Masa

masa bergerak begitu pantas,rasa mcm mahu hentikan masa supaya semua perkara dapat disempurnakan. peperiksaan aku makin dekat...masa terasa lebih cepat untuk tarikh keramat tu..adoi masalah utama ialah belum cukup usaha utk peperiksaan tu.dan ini menambahkan takut yg melampau dalam diri aku.. dan yang paling aku cuak ialah bila terlampau risau dan berfikir ke arah tarikh keramat tu sehingga rasa semua yg dibuat tak kena....dan masalah tido yg melampau dalam diri buat aku lebih risau sbb aku lebih memilih utk tido bila rasa situasi tu buat aku tertekan...

oklah perlu berhenti sebab masa aku sedang berlari laju..aku masih merangkak dan terkial2 cari jalan keluar..

p/s ..slamat hari ibu buat mak aku yang aku sayang!!..

Wednesday, April 22, 2009

my precious


17 tahun...satu jangka masa yang sangat panjang.pejam celik pejam celik dah 17 tahun masa berlalu. kadang2 rasa mcm tak percaya masa tu cepat sangat. selepas family org yg kita paling selesa berkongsi cerita2 seronok dan sedih ialah dengan dia yang bernama kawan. dah 17 thn aku kenal dengan org yg special dihatiku aku selepas family aku..bestfren aku FINI.

aku ada seorang kawan yang aku kenal dari aku darjah 1. kami membesar bersama aku dari darjah satu sampai tingkat 1 satu class dengan kawan aku nur syafini atau nama manja fini. dan selepas tuh walopon xsama class kami pergi tuisyen yg sama,keluar lepak bersama, bergosip pun sama2 eheheh.dan diploma pun hampir sama college..tapi memandangkan dia pilih jalan yg satu lagik..so kami berlainan tempat tapi masih la rapat.

okok..sebenarnya cerita pasal kawan.

percaya dan ihklas itu penting.mungkin sbb itu kami masih la kawan dan aku harap terus kawan sampai mati..hehhe..susah sebenarnya utk cari siapa yg betul2 kawan kita.. kawan kadang2 boleh jadi lawan tapi kalu kamu betul2 hargai sorang kawan itu kawan itu boleh jadi satu permata yg indah dan brharga. harga yg tak mampu dibeli walapon oleh jutawan sebab permata itu datang dari hati dan ikhlas.bukan tiruan yg hanya nampak cantik dari luar tapi dalaman kosong.
ada kawan yg umpama kaca.mmmg cantik dipegang dan dilihat tapi bila pecah,kaca itu dapat melukakan sesiapa yg memegangnya dan luka itu tinggalkan kesan yg tak mungkin hilang. parut,siapa yg suka parut di badan betul tak.kesan nya sampai bila2.

tapi ini kawan aku yg macam permata. this entry aku dedicate to my precious girlfren..happy birthday dear thanks for being there during my ups and down. thanks for cheering me up..thanks for being such a good listener, thanks so much for everything.

aku rasa aku tak mampu nak balas semua tapi aku harap kawan aku sorang ni dilimpahkan dengan lebih banyak rezeki,hope u meet the ONE tu cepat hehehe

xoxo.


Monday, April 13, 2009

word of the day

hmm i came across an article in International Herald Tribune about new words being used and will soon be added in the oxford dictionary.

the word is ORGASMIC. actually it is based on the word orgasm. in the article stated that pple tend to feel joyful and full of excitement when there are having orgaism. haha so here comes the new word ORGASMIC meaning joyful or exciting or anything to do with the feeling happy.

i do laugh reading the article at first because pple can just get the wrong ideas if they dont really know this new word and the meaning.

p/s : nie bukan la article 18sx =P

Thursday, April 9, 2009

saya old skool dan traditional

aku masih lagik old skool dan traditional bak kata officemate aku =P

tadi tengahari aku kuar makan dengan officemate aku. bersembang mcm biasa.memandangkan aku je melayu tempat yg halal je la aku follow g lunch.walopon dorang macam nak makan bab1 tapi tetap consider aku.so tmpt yg kiter org pilih ialah mamak.

antara topic yg paling menarik antara kami tadi..dorang tanye aku.are u a modern malay or still a traditional malay.hmm aku pun terdiam..apa beza modern dengan traditional??so aku pun tanye la dorang.hmm whats the different..i dont understand..

jadi ini jawapan nye..if u are a modern malays means u eat pork and beer and dont mind going to the place where chinese food without halal as long as is not pork you can eat.means here the modern malay just ignore the tag halal. so vice versa for the traditional malays.where they still believes in food that has halal tag and without those tag the place consider not halal. so i guess u are a traditional type bak kata dorang.

hmm kesimpulannya aku masih lagi traditional pada mereka.but who cares thats what i believe in and im proud of it. hopefully aku dijauhkanlah dari benda2 tuh.

Wednesday, April 8, 2009

a picture worth a thousand words


a picture worth a thousand words.. i do agreed with the statement.talking create arguement which ends up to be a big fight. and i cant bared to loose special one just for the sake of stupid arguments.ok thats not the point here..

i loves taking picture. missed someone?the best thing is call and the next thing browse the good old days picture.

ok ni gmbr yg paling aku suke.sbb gmbar ni menunjukkan yg perjalanan mereka dlm gmbr tersebut belum ada penghujungnya dan masih jauh perjalanan .dan matahari terbenam mcm melambangkan yang esok adalah episod baru..dan esok belum tentu hari kita.=)

eheh saje buat2 terer translate picture...tapi aku mmg suke pic nie.. thanx to roy for the beautiful picture taken last 3 years.

Saturday, March 28, 2009

kerjaan

hmm company aku telah bertukar menjadi avira sdn bhd.salah satu subsidiary avira german.maksudnya company aku akan jadi pembekal untuk antivirus avira. 1st day aku hanya tolong mereka siapkan barang2 untuk signing ceremony antara german dan malaysia. the next day is the big day for the company, ramai jugak la wartawan dan editor2 buku untuk technology datang. walopun ada jugak yg xdtg sbb cuaca agak buruk hari tuh.biasala kalu di kl hujan banjir ada saja dimana2.

the 3rd aku kerja setengah hari dan malam aku diajak berkaroake dengan semua officemate.ehheh situasi yg agak kelakar la sebab aku je melayu jadi aku jer layan lagu inggeris dan melayu..tapi sbb lama x berkaroake aku belasah je la heheh tapi so far my colleague sangat welcoming aku dalam company tu walaupun mereka slalu cakap kantonis antara mereka.aku tak paham. ehehh so buat bodo jer la. nasib baik meeting dlm english hehe kalu tak mmg la boleh jadi patung grammy jer kat opis tuh eheheh.

masih slow gak la aku nak guna system accounting tuh..tapi i have to try my best to catchup with their pace. susah gak la sbb banyk product co aku ni jual.jadi bnyk la account yg berbeza.dan cara nak key in data pun agak rumit.harap2 pasni okla sbb selepas ni dorang hanya akan fokus kat antivirus avira saje..

co aku akan lanch antivirus ni kat pc fair nanti, mungkin aku pun kena turun padang..jual antivirus so kawan2 aku invite kamu untuk visit pcfair.try to get this new product.ehehhe