Saturday, January 31, 2009

mimpi

mimpi itu satu mainan tidur
pelbagai cerita yg dapat dilihat dalam mimpi
kadang2 berbentuk fiksyen yg melampau
kadang2 indah dan manis
kadang2 seram yg mampu mengejutkan kita

mimpi itu satu mainan tidur
tapi kadang2 mimpi itu boleh jadi kenyataan
kenyataan yg perit untuk terima
kenyatan yg dapat menenangkan
tapi itu satu mimpi
mimpi itu dapat membantu
membantu kita bila satu keputusan perlu dibuat
keputusan yg boleh mengubah hidup seseorang

mimpi itu satu mainan tidur
seronok kadang2 dapat lihat org tersayang dalam mimpi
mungkin itu peluang terakhir berjumpa
walaupun dalam mimpi tapi rasa macam dekat sangat
sampai air mata kegembiraan mengalir walaupun dalam tidur


dejavu bila satu situasi seperti dilakonkan semula
hasil dari mimpi
situasi itu kadang2 menyebabkan kita tersenyum
sebab berlaku pada kita
dalam satu cerita lain semasa kita tidak sedar
pelik tapi kenyataan

tapi salahkah untuk kita bermimpi
mimpi tentang masa depan
dengan siapa kita menghabiskan masa tua
atau masih adakah kita untuk menghayati hidup dengan mimpi itu

aku selalu bermimpi
agar suatu hari mimpi itu jadi kenyataan
mimpi itu dapat aku gambarkan dengan cantik
dengan ayat2 indah
cerita yang dapat mewarnakan hidup aku dengan yg tersayang.

No comments:

Post a Comment