Thursday, February 26, 2009

sila tanda jawapan yg paling sesuai.=P

kan senang kalu setiap soklan dalam hidup kita,dah diberi pilihan cuma perlu tanda jawapan yg paling sesuai.sila tanda jawapan yg paling sesuai.=P.dan kalu taktau jawapan tu, boleh tikam saja agak2 paling kena. tapi sekarang aku dalam situasi perlu jawapan dan beri jawapan.
penantian satu penyiksaan.waiting for the the answer just killing me..which i think i know but in the same time i dont. apakah??aku kurang selesa dengan situasi sekarang.jawapan utk setiap situasi aku tgh berhadapan ni macam tergantung..kadang2 rasa mcm tahu saja kesudahannya.tapi kadang2 rasa kosong.jawapan tu kadang2 aku rasa mcm xnak tau langsung sebab takot aku tak boleh terima. tapi selagi tak tahu, rasa mcm takot dengan bayang2 sendiri.
dan yang paling susah sekarang ialah jawapan yang aku kena bagi untuk dia. bila soklan yg diberi mcm soklan kbkk aku perlukan masa dan tolong jangan paksa aku buat keputusan dalam masa seminit untuk soklan kamu tu. bukan apa kadang2 jawapan yg aku bagi tu akan mempengaruhi cara hidup aku dan aku perlu masa berfikir.
dan masalah utama aku jawapan aku susah untuk katakan tidak. kenapa susah sangat untuk aku kata xnak,atau xmau atau tidak. dan bila aku berjaya kata tidak.mesti rasa bersalah walaupun xsalah pun untuk katakan tidak..

Sunday, February 22, 2009

geng upin dan ipin

mlm jumaat lepas aku pergi menonton filem animasi 3d Malaysia yg pertama iaitu upin dan ipin. kali ini aku pergi menonton bersama ayah,mak,2 kakak aku,adik dengan family aunty aku. macam family day out jugak la. tak sangka plak ayah dan mak aku agak sporting plak nak tengok kartun.heheh


pada pendapat aku geng upin dan ipin nie animasi yg agak hebat sebab walaupun pertama kali buat animasi ni..outcome dia sangat menarik dan cantik.menarik dan cantik ni maksud aku kartun dia tak keras, movement dia nampak real dan action dia pun canggih. jalan cerita pun ok sebab menceritakan cara hidup kita kat malaysia ni.bagi mereka yg minat animasi.aku cadangkan korang pergi tengok filem ini,pertama sebab kualiti dia not bad for our first animation movie dan why not support the malaysia movie betul tak.



Wednesday, February 18, 2009

pendaftaran ??hampeh

hari ni sangat penat.dari PJ ke shah alam. masalah dengan pendaftaran di uitm tak habis2 menyebabkan aku bengang nak mampos dengan bahagian rekod adan pengambilan peljar yg tak kemaskini sistem menyebabkan data aku tak ada langsung walaupundah bayar yuran.mmg la pemalas cik nahar botak.sebab kau pemalas aku punya data tak ada dan ko salahkan aku plak..ni menunjukkan pekerja yg malas dan tak mau mengaku kesalahan dan salahkan orang laen.
dah la jalan utk ke menara tuh macam nak mati jalan naik bukit dia. penat dan panas bukan maen plak arini. paling malang masa aku tgh settle ujan plak turun lebat nak mati..nak gerak blik PJ terpaksa post pone ..sampai pukul 6.

hari yg kurang luck untuk aku...penat dan letih tapi keputusannya nya dorang tak boleh lagi nak settlekan pendaftaran sebab bos pergi meeting..benci nya aku..si botak tu telah menyussahkan hidup aku..

so balik Pj dengan perasaan kecewa sebab takot kena stop belajar walopon duit dah bayar.tgh aku mengelamun fikir masalah pendaftaran, announcement kata komuter akan sampai dlm masa 5 minit. tapi announcement tuh buat aku tergelak sorang2 sebab orang yg cakap tu tersalah sebut
ayat dia 'kepada penunggang komuter sila beri laluan kepada penumpang yg ingin turun.dan sila berdiri di belakang garisan kuning."

penunggang??hahah kalu boleh tunggang komuter hmm macam mane la rupanya ..mesti kelakar..mungkin kena pakai suit kalis kejutan..pelik..

Thursday, February 12, 2009

C.I.N.T.A


perasaan seseorang itu cepat berubah mengikut situasi. bosan, seronok, marah , sedih sering kita rasa dan kadang2 semua datang sekaligus. tapi pada minggu ni aku rasa mcm seronok dan kadang2 rasa macam nak senyum dan berkongsi cerita kosong bersama kawan2. ingin berborak panjang cerita tentang masa yg pernah dihabiskan bersama. tapi memandang sekarang masa utk bersama kawan2 agak terhad dan kini perasaan gembira xtahu nak kongsi dengan siapa pada masa terdekat.


bulan cinta datang lagik bagi mereka yg mempunyai pasangan mesti lebih gembira utk menyambut hari cinta. tapi aku macam biasa saja single but i do feel like in the love environment. and right now i have change my mode to the love mode. seronok untuk mengisi rasa gembira aku dengan rasa cinta. aku taktau kenapa aku gembira hari ni tapi perasaan itu bagi aku lebih aura positif dan lebih semangat.agak kelakar jugak sebab nak kata aku tengah bercinta,jauh sekali. mungkin kerana cuba menghayati hari dan bulan cinta. walaupun aku rasa setiap hari perlu ada cinta.


mood untuk menonton cerita2 ala2 cinta nie menjadi2.aku mula layan blik cerita2 yg aku rasa agak sweet.adoila jiwang sekejap kan tapi ini mengisi masa terluang aku yg cuba menghayati bulan cinta ni ehhe


cerita yg aku pling suka :



  • i love my boyfriend his a gangster

cerita dari korea nie mmg first dlm toplist cerita cinta aku.eheh cerita dia agak menarik sebab seseorang yg gangster gila boleh jadi begitu jiwang dan jiwang dia tak berkarat.aku rasa ramai mungkin dah tgk cerita ni tapi bg yg belum cuba la tgk. dan kerana cerita ni tak terlalu serius jadi aku lebih senang menonton ehhe.




  • devdas

ini cerita hindustan yg aku rasa 10 kali tgk pun aku boleh menangis di part yg sama.hahah tapi sebab mungkin ayat2 dalam cerita nie macam sgt indah dan sweet. dan cerita cinta dalam filem ni menunjukkan kadang2 kasta itu menyebabkan seorang itu buang cinta mereka utk duit dan keturunan.ader ke lagik skarang??xtau la tapi jln cerita dia aku suka la.=) walopon kita tahu cerita hindustan mmg tangkap nangis




  • ada apa dengan cinta

sebenarnya ini cerita pertama indonesia yg aku tonton.cd yg aku suruh kakak aku tolong belikan since kt penang susah nak dpt cerita cd indon.sbb dulu takfamaous sgt cerita2 indon.seingat aku masa aku form3 aku bli cd nie. aku suka ceritanya dan lagu2 dalam cerita ni.mmg best.




  • sepet

cerita nie aku suka sbb different races can fall in love. hehe mmg laen ckit jalan ceritanya .walopon aku rasa agak menipu la ada cina muda yg suka lagu macam zapin keroncong tuh tapi ok apa.nama lagi filem tak semestinya logik saja.




  • 50 first date

aku suka sebab kalu real life jadi mcm ni.lelaki itu mmg seorang yg jujur dan betul2 cinta si gadis tu betul tak.sanggup buat everyday is a new date.setiap hari rasa mcm br jatuh cinta.




  • 10 things i hate about u

cerita ni pun layan jugak sebab ntah maybe sebab aku suka Heath Ledger dan cerita yg agak ringan.dan aku paling suka time dia baca sajak dan time heath ledger menyanyi tuh ..ahh sweet kalu ada yg sanggup buat mcm tuh. =p


hmm the list go on and on.banyak la plak kalu nak tulis. haha


ok selamat hari cinta semua.


P/S .tadi aku tgk cerita assalamualaikum cinta.apa yg aku rasa menarik bila dia kata cinta itu tak terseharusnya ada cemburu.cinta kepada org yg mungkin kita takkan bersama itu adalah cinta agung. dan mungkin org yg kita suka itu tidak cintakan kita tapi tak semestinya kita tidak boleh suka dan cinta padanya. hehehe jiwang karat sudah mula.baik aku behenti sebelum makin karat.



=)


Wednesday, February 11, 2009

chopstick clan

chopstick clan bermula apabila 3 gadis yg semua mereka adalah pelajar kolej yg baru memulakan hidup mereka sebagai pelajar diploma di sekitar bangi berjumpa dengan 3 jejaka yg juga pelajar tapi mereka berbeza universiti seorang dari utm,seorang dr upm dan seorang lagi dari mfi. Agak pelik kisah nie sebab mereka datang dari tempat yg berlainan tapi berjaya menjadi kawan sehingga skarang dan kumpulan nie menjadi lebih besar bilangannya.



bermula dengan za, al dan zu. 3 gadis yg sedang belajar di bangi bertemu dengan si afro yg juga belajar bersebelahan dengan kolej mereka. pertemuan mereka berempat membawa kepada pertemuan 2 lagi kawan afro iaitu ejan dan roy. bangi sangat jauh bg mereka yg tidak mempunyai kenderaan dan bila memikirkan komuter yg lembab menyebabkan 3 gadis malas utk bersosial.banyak masa dihabiskan di bilik yg kecik bersembang diatas meja mengadap bilik2 laen sambil minum nescafe panas cicah dengan biskut.



tetapi pada suatu hari,za menerima sms utk keluar melepak dengan afro memandangkan afro akan berhijrah ke perancis utk melanjutkan pelajaran, dia telah mengajak 3 gadis ini keluar bersama 2 lagi kawannya roy dan ejan. gadis2 ni setuju utk keluar kerana mungkin kali terakhir melepak dengan afro.keluar disini utk tengok movie,maen bowling, shopping dan akhir skali lepak di jambatan di putrajaya sementara menunggu masa utk masuk asrama yg pintu dikunci dari pukul 11- 6pagi dan mereka setuju utk keluar kerana tidak perlu mengambil komuter. jambatan di putrajaya ketika itu baru saja siap sepenuhnya jadi ia itu dh jadi port baru untuk lepak .



chopstick clan di ambil sempena menonton cerita hantu thailand iaitu the eye 10. cerita mengenai 10 cara melihat hantu.salah satunya ialah mengetuk mangkuk dengan chopstick. memandangkan cara itu yg paling klakar dalam movie itu.mereka menamakan geng mereka chopstick clan. 6 pelajar tadi kini jadi rapat seperti sudah kenal 10 thn lalu walaupon hanya 2 minggu perkenalan hehe pelik tapi ni kenyataan. agak sedih ketika membuat kejutan utk afro yg bakal pergi ke perancis.mereka hadiahkan afro chopstick utk ingat mereka disini. sambil mengetuk choptick itu ketika afro berjalan ke pintu berlepas utk penerbangan ke perancis.
setahun telah berlalu,afro pulang dan kali nie cerita lebih menarik kerana za dan afro ke pringkat serius,zu dan ejan juga peringkat lebih sirius..bg al dan roy pilhan mereka berbeza kawan tetap go on mcm biasa...clan menjadi lebih besar dengan perkenalan baru sehingga kalu cerita macam mana kumpulan ni kenal semua takkan percaya
kadang2 memang pelik tentang cara kita berkenalan dan berkawan..bila tidak formal dan sekadar go with flow persahabatan itu boleh kekal lebih lama dan lebih menarik berbanding perkenalan yg dirancang.chpstick itu hanya pada mula2 saja..skrang memandang bilangan sudah banyak hanya mereka tertentu sahaja yg tahu.


Tuesday, February 3, 2009

bride wars

ahad lepas pergi layan movie dengan 2 kakak aku and adik aku.its the girls day out. tgk bride wars. citer nie agak cliche sebenarnya sbb jalan cerita yg biasa jer. tapi here in the movie.part yg aku paling suka bila best friends are happy with each other and share everything from secret to dresses and even dreams. part laen yg aku rasa menarik bila bakal pengatin mencari barang2 utk the big day. agak sweet sbb aku rasa perempuan mmg paling excited bab2 mencari brg kawin hehe.but there are arguments between both of them,but they realized that only best friend understand how they feel.aku rasa memang betul,bila kawan kita yg selalu kita kongsi rahsia dan cerita hilang atau persahabatan itu putus,memang situasi itu agak pelik.sebab kita dah hilang orang yg kita rasa paling dekat dengan kita. dan cerita yg kadang2 dia saja yg faham. walaupun ada pengganti tapi memang berbeza..jadi kalu u have best friends just forgive them for any wrong doing because those happy moments are better to be remember then just another fight.
walopun ending dier agak pelik bila sorang dari brides to cancel the weding sbb argument yg aku rasa biasa jer.pelik sebab org yg dier kenal dah 10thn tetiba on the day boleh cancel.hmm walopun boleh cancel tapi why on the big day hmm heheh tak logik la aku rasa.