Wednesday, February 11, 2009

chopstick clan

chopstick clan bermula apabila 3 gadis yg semua mereka adalah pelajar kolej yg baru memulakan hidup mereka sebagai pelajar diploma di sekitar bangi berjumpa dengan 3 jejaka yg juga pelajar tapi mereka berbeza universiti seorang dari utm,seorang dr upm dan seorang lagi dari mfi. Agak pelik kisah nie sebab mereka datang dari tempat yg berlainan tapi berjaya menjadi kawan sehingga skarang dan kumpulan nie menjadi lebih besar bilangannya.



bermula dengan za, al dan zu. 3 gadis yg sedang belajar di bangi bertemu dengan si afro yg juga belajar bersebelahan dengan kolej mereka. pertemuan mereka berempat membawa kepada pertemuan 2 lagi kawan afro iaitu ejan dan roy. bangi sangat jauh bg mereka yg tidak mempunyai kenderaan dan bila memikirkan komuter yg lembab menyebabkan 3 gadis malas utk bersosial.banyak masa dihabiskan di bilik yg kecik bersembang diatas meja mengadap bilik2 laen sambil minum nescafe panas cicah dengan biskut.



tetapi pada suatu hari,za menerima sms utk keluar melepak dengan afro memandangkan afro akan berhijrah ke perancis utk melanjutkan pelajaran, dia telah mengajak 3 gadis ini keluar bersama 2 lagi kawannya roy dan ejan. gadis2 ni setuju utk keluar kerana mungkin kali terakhir melepak dengan afro.keluar disini utk tengok movie,maen bowling, shopping dan akhir skali lepak di jambatan di putrajaya sementara menunggu masa utk masuk asrama yg pintu dikunci dari pukul 11- 6pagi dan mereka setuju utk keluar kerana tidak perlu mengambil komuter. jambatan di putrajaya ketika itu baru saja siap sepenuhnya jadi ia itu dh jadi port baru untuk lepak .



chopstick clan di ambil sempena menonton cerita hantu thailand iaitu the eye 10. cerita mengenai 10 cara melihat hantu.salah satunya ialah mengetuk mangkuk dengan chopstick. memandangkan cara itu yg paling klakar dalam movie itu.mereka menamakan geng mereka chopstick clan. 6 pelajar tadi kini jadi rapat seperti sudah kenal 10 thn lalu walaupon hanya 2 minggu perkenalan hehe pelik tapi ni kenyataan. agak sedih ketika membuat kejutan utk afro yg bakal pergi ke perancis.mereka hadiahkan afro chopstick utk ingat mereka disini. sambil mengetuk choptick itu ketika afro berjalan ke pintu berlepas utk penerbangan ke perancis.
setahun telah berlalu,afro pulang dan kali nie cerita lebih menarik kerana za dan afro ke pringkat serius,zu dan ejan juga peringkat lebih sirius..bg al dan roy pilhan mereka berbeza kawan tetap go on mcm biasa...clan menjadi lebih besar dengan perkenalan baru sehingga kalu cerita macam mana kumpulan ni kenal semua takkan percaya
kadang2 memang pelik tentang cara kita berkenalan dan berkawan..bila tidak formal dan sekadar go with flow persahabatan itu boleh kekal lebih lama dan lebih menarik berbanding perkenalan yg dirancang.chpstick itu hanya pada mula2 saja..skrang memandang bilangan sudah banyak hanya mereka tertentu sahaja yg tahu.


No comments:

Post a Comment