Thursday, February 12, 2009

C.I.N.T.A


perasaan seseorang itu cepat berubah mengikut situasi. bosan, seronok, marah , sedih sering kita rasa dan kadang2 semua datang sekaligus. tapi pada minggu ni aku rasa mcm seronok dan kadang2 rasa macam nak senyum dan berkongsi cerita kosong bersama kawan2. ingin berborak panjang cerita tentang masa yg pernah dihabiskan bersama. tapi memandang sekarang masa utk bersama kawan2 agak terhad dan kini perasaan gembira xtahu nak kongsi dengan siapa pada masa terdekat.


bulan cinta datang lagik bagi mereka yg mempunyai pasangan mesti lebih gembira utk menyambut hari cinta. tapi aku macam biasa saja single but i do feel like in the love environment. and right now i have change my mode to the love mode. seronok untuk mengisi rasa gembira aku dengan rasa cinta. aku taktau kenapa aku gembira hari ni tapi perasaan itu bagi aku lebih aura positif dan lebih semangat.agak kelakar jugak sebab nak kata aku tengah bercinta,jauh sekali. mungkin kerana cuba menghayati hari dan bulan cinta. walaupun aku rasa setiap hari perlu ada cinta.


mood untuk menonton cerita2 ala2 cinta nie menjadi2.aku mula layan blik cerita2 yg aku rasa agak sweet.adoila jiwang sekejap kan tapi ini mengisi masa terluang aku yg cuba menghayati bulan cinta ni ehhe


cerita yg aku pling suka :



  • i love my boyfriend his a gangster

cerita dari korea nie mmg first dlm toplist cerita cinta aku.eheh cerita dia agak menarik sebab seseorang yg gangster gila boleh jadi begitu jiwang dan jiwang dia tak berkarat.aku rasa ramai mungkin dah tgk cerita ni tapi bg yg belum cuba la tgk. dan kerana cerita ni tak terlalu serius jadi aku lebih senang menonton ehhe.




  • devdas

ini cerita hindustan yg aku rasa 10 kali tgk pun aku boleh menangis di part yg sama.hahah tapi sebab mungkin ayat2 dalam cerita nie macam sgt indah dan sweet. dan cerita cinta dalam filem ni menunjukkan kadang2 kasta itu menyebabkan seorang itu buang cinta mereka utk duit dan keturunan.ader ke lagik skarang??xtau la tapi jln cerita dia aku suka la.=) walopon kita tahu cerita hindustan mmg tangkap nangis




  • ada apa dengan cinta

sebenarnya ini cerita pertama indonesia yg aku tonton.cd yg aku suruh kakak aku tolong belikan since kt penang susah nak dpt cerita cd indon.sbb dulu takfamaous sgt cerita2 indon.seingat aku masa aku form3 aku bli cd nie. aku suka ceritanya dan lagu2 dalam cerita ni.mmg best.




  • sepet

cerita nie aku suka sbb different races can fall in love. hehe mmg laen ckit jalan ceritanya .walopon aku rasa agak menipu la ada cina muda yg suka lagu macam zapin keroncong tuh tapi ok apa.nama lagi filem tak semestinya logik saja.




  • 50 first date

aku suka sebab kalu real life jadi mcm ni.lelaki itu mmg seorang yg jujur dan betul2 cinta si gadis tu betul tak.sanggup buat everyday is a new date.setiap hari rasa mcm br jatuh cinta.




  • 10 things i hate about u

cerita ni pun layan jugak sebab ntah maybe sebab aku suka Heath Ledger dan cerita yg agak ringan.dan aku paling suka time dia baca sajak dan time heath ledger menyanyi tuh ..ahh sweet kalu ada yg sanggup buat mcm tuh. =p


hmm the list go on and on.banyak la plak kalu nak tulis. haha


ok selamat hari cinta semua.


P/S .tadi aku tgk cerita assalamualaikum cinta.apa yg aku rasa menarik bila dia kata cinta itu tak terseharusnya ada cemburu.cinta kepada org yg mungkin kita takkan bersama itu adalah cinta agung. dan mungkin org yg kita suka itu tidak cintakan kita tapi tak semestinya kita tidak boleh suka dan cinta padanya. hehehe jiwang karat sudah mula.baik aku behenti sebelum makin karat.



=)


No comments:

Post a Comment