Saturday, March 28, 2009

bahasa oh bahasa

bahasa sering kali menjadi isu yg sangat panas diperkatakan. ada pihak yg mahu tukar english ke bahasa dan ada jugak setengah pihak yg mahu bahasa ke english. kononnya bila english digunakan org akan melupakan bahasa melayu. tapi aku kurang setuju dan aku agak kecewa kerana ada yg masih tidak terbuka tentang bahasa. mana mungkin kita boleh lupakan bahasa harian kita dengan belajar english untuk subjek2 tertentu.

dan sini aku nak tekankan hanya untuk matematik dan sains.adakah untuk 2 subjek nie kita boleh lupa terus bahasa melayu kita yg kita guna sejak lahir. dan yg paling penting bahasa melayu tetap menjadi subjek utama yg perlu lulus dalam mana2 ujian dan disini sah la bahasa itu masih lagi diajar agar generasi muda ni tak lupa. dan kalu kita imbas balik time ibubapa kita belajar dulu mereka belajar dalam bahasa inggeris dan masih lagi cakap melayu dan masih tak lupa.

protes hanya menunjukkan yg golongan melayu kita tidak berani menyahut cabaran belajar dlm inggeris sedangkan kita mampu dan aku yakin kalu kita fokus dan mahu untuk belajar kita mampu setanding dengan yg laen.

oklah aku terpesong sekejap, sebenarnya bila keluar ke dunia kerja aku dapat lihat bukan semua boleh berbahasa inggeris dan english juga bukan satu bahasa yg diguna dalam perbualan di pejabat. situasi aku ialah aku tak paham sepatah benda yg dicakap oleh mereka dipejabat sebab bahasa yg digunakan bahasa kantonis. walaupun ada ketika aku cakap jugak la untuk sembang2 kosong. tapi kebanyakan waktu aku wat bodo jer sebab xpaham kantonis. dan ada diantara mereka tak boleh berbahasa inggeris jadi mereka akan bercakap melayu dengan aku. so kat sini aku rasa semua orang sama saja baik melayu atau kaum laen bila kita dalam gerombolan kita,bahasa yang kita pilih ialah yg harian digunakan individu itu seperti bahasa melayu,tamil atau cina. aku kurang setuju bila satu kaum ja diperleceh kerana xnak cakap inggeris. sebenarnya kita semua sama saja.

kalu company itu company melayu semua mereka akan cakap melayu,dan jika company itu co cina semua akan ckp cina. jadi walaupun belajar dalam inggeris, individu lebih memilih bahasa yg mereka selesa.jadi kat sini walaupun kita belajar dlm english pun kadang2 bahasa itu tak digunakan sepenuhnya dalam situasi sebenar.bahasa inggeris menjadi bahasa atas kertas saja.jadi salah bahasa itu atau salah individu??

p/s: hmmm tgh mula nak belajar bahasa kantonis plak la..=P

No comments:

Post a Comment