Wednesday, July 8, 2009

bm - english -english- bm

there goes our education system...passing the the new policy just like passing the balls here and there...

sebenarnya blajar matematik dan sains dalam inggeris lebih senang berbanding dalam bahasa melayu.tidak semestinya belajar matematik dan sains dalam inggeris boleh menyebabkan kita lupa bahasa melayu dan tidak semestinya bila belajar matematik dan sains dalan bahasa melayu kita sedang memperkasakan bahasa melayu itu sendiri..keputusan mengubah kembali kepada sistem lapuk hanya akan menyebabkan kecelaruan bagi generasi muda ni.sekejap english sekejap melayu akhirnya semua terkapai2...habuk pun takdak..

kenapa zaman nenek kita boleh belajar dlm inggeris ,kenapa zaman sekarang menjadi isu, susah dan sebagainya..kalu tengok dr segi teknologi, zaman sekarang lebih canggih berbanding dulu.kelengkapan semuanya yg terbaik.guru banyak dari lepasan luar negara kenapa isu susah menjadi topik utama.pelik.mereka golongan atasan ni dah tua dan mungkin akan menamatkan riwayat dalam masa terdekat yg akan menanggung beban dan masalah ni ialah generasi muda yang menjadi mangsa sekejap melayu sekejap inggeris, akhirnya bak kata pepatah yg di kejar tak dapat, yang di kendong berciciran.

bila mereka belajar dari awal tidaklah terkontang kanting bila melanjutkan pelajaran ke peringkat yg lebih tinggi.unversiti semuanya di ajar dlm inggeris nak tak nak bila mereka sambung belajar nanti terpaksa berhadapan dengan situasi itu lagik..tak salah kalau kita mulakannya dari awal. sebenarnya kanak2 nie lebih mudah menerima kalau dari awal kita bentuk mereka...
hanya kerana mahu memuaskan semua org utk kepentingan politik, pendidikan dah jadi satu lagik bahan politik...

lepas ni kita lihat kalu matemaik dan sains dalam bahasa melayu dapat memartabatkan bahasa melayu itu kembali atau tidak.

hahah penulisan aku agak skema kali ni..peace..

1 comment: